Ekelas GenAI MAXIS - Modul: Etika dalam AI dan GenAI
1 November 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi kelas atas talian bertajuk Ekelas GenAI MAXIS - Modul: Etika dalam AI dan GenAI telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Sesi ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan memahami aspek etika dalam penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan AI Generatif (GenAI).
Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai tanggungjawab pengguna dalam menggunakan teknologi pintar dengan beretika, telus dan selamat. Peserta turut diperkenalkan kepada isu-isu seperti keselamatan data, hak cipta, privasi, serta kesan penggunaan AI tanpa kawalan yang boleh menjejaskan kepercayaan dan kesejahteraan masyarakat.
Melalui sesi ini juga, peserta didorong untuk menggunakan AI dan GenAI sebagai alat bantu produktiviti dan inovasi secara berhemah serta berlandaskan nilai moral yang betul. Pendekatan pembelajaran interaktif yang digunakan telah membantu peserta memahami bagaimana etika menjadi tunjang utama dalam memastikan teknologi dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: